Motivasi arrow Umum arrow MZJ Khazanah Kehidupan

MZJ Khazanah Kehidupan

previous productnext product

MZJ Khazanah Kehidupan
Click here to enlarge
RM 24.00
Save page as PDF
Print Print this page
Email to a Friend

Product SKU: 978-983-44406-1-9


Product: MZJ Khazanah Kehidupan

Tajuk : Khazanah Kehidupan
Pengarang : Mohd Zaim Jaafar
Penerbit : MZJ Consultancy Sdn Bhd
ISBN : 978-983-44406-1-9
Mukasurat : 105 Halaman
Status Stok : ADA

Perjalanan yang jauh akan terasa dekat jika persediaan untuk mengharunginya dilakukan.

Perjalanan yang dekat akan terasa perit jika persediaan untuk mengharunginya tidak dipedulikan.

Setiap anak Adam yang lahir pasti akan melalui suatu perjalanan kehidupan yang panjang. Ilmu dan pengalaman sahaja bekalan yang paling hebat untuk menempuhnya.

Manusia seringkali gagal mengambil pelajaran dalam rutin harian mereka. Pada setiap hari yang berlalu, terlalu banyak hikmah yang tuhan berikan melalui peristiwa-peristiwa kecil yang selalu dianggap remeh. Akibatnya manusia terus menerus melakukan kesilapan yang sama bahkan terlepas begitu banyak pengajaran yang sangat berharga.  'Khazanah Kehidupan' merupakan sebuah buku motivasi yang mengandungi 99 kata-kata hikmat yang diambil melalui pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri. Sesuai untuk dibaca setiap lapisan masyarakat sama ada pelajar atau pun golongan profesional.

Mohd Zaim Bin Jaafar merupakan seorang guru yang bertugas di pedalaman Sarawak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi, USM 2004,  Ijazah Sarjana Sains, USM 2006 dan Diploma Pendidikan, Institut Perguruan Darul Aman 2006.


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.