Islam arrow Tarbiyah & Motivasi Diri arrow IP 3 Formula Pengubah Manusia

IP 3 Formula Pengubah Manusia

previous productnext product

IP 3 Formula Pengubah Manusia
Click here to enlarge
RM 4.00
Save page as PDF
Print Print this page
Email to a Friend

Product SKU: 978-983-2423-04-1


Product: IP 3 Formula Pengubah Manusia

Tajuk : 3 Formula Pengubah Manusia
Pengarang : Ummu Aliya, Muharikah
Penerbit : Iman Publications
ISBN : 978-983-2423-04-1
Mukasurat : 40 Halaman
Status Stok : ADA

Al-Quran telah berjaya melahirkan para sahabat hebat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Ali Karamallahuwajhah, Saidatina Khadijah, Saidatina Aishah, Zaid bin Harithah, Bilal bin Rabbah dan lain-lain lagi.

Wahyu yang didatangkan melalui Rasulullah S.A.W benar-benar dapat mengubah pemikiran mereka. Malah Saidina Umar R.A yang garang dan keras hati pun boleh berubah menjadi seorang yang penyabar dan lembut hati. Mereka sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah.

Allah ada menyebut tentang satu formula yang telah mengubah ramai manusia menjadi hebat ini. Formula yang  jarang sekali diketahui ramai manusia.

Formula ini adalah:

1)    Tilawah

2)    Ta’lim

3)    Tazkiyah

Ini telah disebutkan di dalam surah al-Baqarah ayat 129 apabila Nabi Ibrahim mendoakan kaumnya:

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan ( tilawah) kepada mereka ayat-ayat-Mu (firman-Mu) dan mengajarkan (ta’lim)  mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (tazkiyah) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Buku kecil ini membincangkan secara ringkas mengenai 3 formula di atas. Semoga ia dapat memberi kefahaman dan membuahkan amal yang mantap.


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.