Novel Umum arrow Jemari Seni Sdn Bhd arrow JS Novel untuk Asyikin

JS Novel untuk Asyikin


JS Novel untuk Asyikin
Click here to enlarge
RM 13.60
Harga Biasa: RM 17.00
Pengurangan Harga: 20.00%
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend

Product SKU: 978-967-5118-11-1


Product: JS Novel untuk Asyikin

Tajuk : Novel untuk Asyikin
Pengarang : Ismad Astar
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-11-1
Status Stok : ADA

Sinopsis

“Bunga tu mekar dalam hati, tetapi cantik kelopaknya terletak di mata.”
“Mata siapa?” Nurasyikin sudah tercium baunya, tetapi dia pura-pura masih tidak faham.
“Di mata yang bercakap.”
“Bunganya?”“Di depan, tetapi imejnya tersimpan di minda dan di hati.”
Nurasyikin senyum nipis dan tawar. Menimbang bagaimana keadaannya kalau dia cakap ‘ya’ ataupun cakap ‘tidak’. Ada risiko bagi kedua-dua jawapan. Dia sudah berdepan dengan perkara ini berulang kali.
“Beginilah, bunga perlu mengukur diri, bunga takut pada harapan taman yang meninggi gunung.” Madah dijawab dengan madah. Nurasyikin memandang tajam ke dalam mata dia yang sungguh-sungguh asyik menanti.
“Wah, orang biotech pun sudah pandai bermadah! Padanlah orang sastera tak dapat kerja!”
Mata mereka saling menatap.

Sukarnya menjadi rama-rama yang bersayap cantik, ‘dia’ sering aja menjadi perhatian!

 


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.