Bisnes & Pengurusan arrow Usahawan arrow TW Hijrah Menjadi Usahawan

TW Hijrah Menjadi Usahawan


TW Hijrah Menjadi Usahawan
Click here to enlarge
RM 34.90
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend

Product SKU: 978-967-416-013-5


Product: TW Hijrah Menjadi Usahawan

Tajuk : Hijrah Menjadi Usahawan 
Pengarang : Wahi Abd Rashid
Penerbit : True Wealth Sdn Bhd
ISBN : 978-967-416-013-5
Mukasurat : 112 Halaman
Status Stok : ADA

Buku ini membincangkan realiti kehidupan ‘pagi kerja balik petang, dapat gaji habis bayar hutang’ yang menghimpit kebanyakan golongan pekerja masa kini. Ditambah lagi dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi usahawan untuk keluar daripada kemelut tidak cukup gaji. Ramai yang berjaya, tetapi lebih ramai yang gagal separuh jalan. Dianggarkan 9/10 usahawan yang memulakan perniagaan ‘bungkus’ selepas 3 tahun memulakan perniagaan. Dapatkan buku ini untuk merungkai penyelesaian kepada masalah ini.

Tarikan Jualan

  • Ditulis 100 peratus berdasarkan kisah sebenar penulis yang telah berjaya berhijrah menjadi usahawan berjaya.
  • Perkongsian pengalaman penulis bagaimana beliau berjaya keluar daripada kesusahan hidup akibat kesempitan kewangan sehingga berjaya membina empayar perniagaannya.
  • Panduan mendapatkan modal perniagaan dan bagaimana memulakan perniagaan berdasarkan minat dan kemahiran sendiri.
  • Membongkar punca mengapa kebanyakan perniagaan kecil terus kekal kecil.
  • Menceritakan kisah 4 pekerja yang telah berhijrah menjadi usahawan sepenuh masa serta model perniagaan mereka.
  • Inspirasi kepada mereka yang mahu mengubah nasib hidup.

About The Author:
Wahi Abd Rashid merupakan bekas tutor di sebuah universiti tempatan. Masalah kewangan memaksa beliau cuba mencari pendapatan tambahan melalui perniagaan. Setelah melalui pelbagai suka duka dan rintangan dalam membangunkan perniagaannya, beliau telah berjaya berhijrah menjadi usahawan sepenuh masa dengan pendapatan 6 angka sebulan. Syarikatnya Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd mengendalikan perniagaan kereta sewa dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kuching, Miri, Bintulu dan Kota Kinabalu.


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.