Novel Umum arrow Jemari Seni Sdn Bhd arrow JS Bila Nysrah Kata Tak Mahu

JS Bila Nysrah Kata Tak Mahu


JS Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Click here to enlarge
RM 14.40
Harga Biasa: RM 18.00
Pengurangan Harga: 20.00%
PDF Save page as PDF
Print Print this page
E-mail Email to a Friend

Product SKU: 978-967-5118-05-0


Product: JS Bila Nysrah Kata Tak Mahu

Tajuk: Bila Nysrah Kata Tak Mahu
Penulis: Aidil Khalid
Penerbit : Jemari Seni Publishing
ISBN : 978-967-5118-05-0
Status Stok : ADA

Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.

*****

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.


Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air

~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Ask a question about this product


There are yet no reviews for this product.
Please log in to write a review.