Jangan Email Spam

Print

antispamJangan Guna Akaun Email Penting untuk Hantar Iklan

Ramai pengguna internet terlibat dengan perniagaan. Tidak salah untuk melakukan promosi perniagaan, namun biarlah caranya betul. Kebanyakan orang tidak suka menerima email iklan dari mereka yang tidak dikenali. Apatah lagi, seringkali sahaja menerima dari orang yang sama. Ini menyebabkan penerima merasa terganggu dan ianya akan dianggap SPAM.

Kebanyakan akaun email mempunyai fungsi untuk menapis spam dan boleh menambah senarai email SPAM. Apabila penerima merasakan email tersebut menggangu, mereka akan memasukkan email yang dihantar ke folder SPAM. Ini akan menyebabkan email tersebut dikenalpasti oleh provider (Google, Yahoo) sebagai salah satu dari email SPAM. Sekiranya ramai yang menambahkan email iklan tersebut ke dalam folder SPAM, lama-kelamaan email tersebut secara automatik ditapis sebagai SPAM dan terus dimasukkan ke dalam folder SPAM. Ini bermaksud, email tersebut tidak akan muncul di muka hadapan email atau Inbox penerima. Sekiranya keadaan ini terjadi, anda akan menghadapi masalah mendaftar di laman-laman web kerana email anda tidak akan dibaca.

Secara etikanya untuk menghantar iklan ialah dengan menjadi ahli kumpulan di internet yang sememangnya dikhususkan untuk perniagaan atau yang membenarkan pengiklanan. Contoh beberapa Yahoo Group yang terkenal di Malaysia dan mempunyai lebih 10 ribu ahli ialah Melayu-Trade dan Sahabat Interaktif Malaysia. Kita hanya perlu mendaftarkan diri secara PERCUMA dan penghantaran iklan yang tidak menyalahi polisi kumpulan adalah dibenarkan.