Cantikkan Windows XP anda!

Print

Anda sekarang besar kemungkinan menggunakannya untuk melayari kandungan ini. Kebarangkaliannya adalah 98.53% anda menggunakan Windows dengan 78.85% Windows XP dan 19.16% Windows Vista. Statistik yang diberikan adalah berdasarkan dari pelawat-pelawat Kedai-Buku.com (KBC). Tidak lama lagi akan datanglah musim Windows 7 pula yang baru sahaja dirasmikan pada Oktober 2009.


Apakah perubahan sebenar yang dapat dirasai oleh orang ramai? Makin cantik, makin banyak fungsi dan makin memerlukan Hardware canggih. Juga bermaksud makin banyak peruntukan wang yang perlu diberikan. Sebagai contoh penggunaan RAM di Windows Vista. Walaupun hanya memerlukan minima 1GB RAM, Tetapi kebanyakan komputer menggunakan RAM 2GB atau 4GB berbanding dengan Windows XP yang memerlukan pada tahap minima 128MB RAM.

Disini ingin disampaikan kepada para pelawat setia KBC, bagaimana untuk mencantikkan (makeup) Windows XP anda. Sebelum itu kita perlu mengetahui bahawa segala makeup berikut adalah merupakan upgrade untuk mencantikkan serta mempermudahkan penggunaan Windows XP anda. Ia juga merupakan cara alternative daripada anda secara menyeluruh upgrade kepada Windows Vista ataupun Windows 7 yang sudah tentu akan memerlukan wang dan masa. Perkara yang paling penting perlu diambil berat, setiap aplikasi dibawah akan menambahkan lagi penggunaan RAM komputer anda. Oleh itu adalah disyorkan anda mempunyai RAM sekurang-kurangnya 1GB dan sebaiknya 2GB. Ini bagi menjamin penggunaan aplikasi-aplikasi itu nanti tidak menjejaskan keupayaan komputer anda untuk menggunakan aplikasi yang telah sedia-ada dan selalu digunakan oleh anda (Contohnya Microsoft Office, Adobe Photoshop, Internet Explorer, Games dan sebagainya).

Berita baik disini, aplikasi-aplikasi berikut adalah percuma (atau mempunyai versi percuma).

1. Set lengkap makeup WinXP ke Win7
http://www.windowsxlive.net/seven-transformation-pack
http://www.winxtp.com/7tpdl.html

2. Docks - permudahkan akses ke ikon dan shorcuts (seperti macintosh)
http://rocketdock.com/
http://www.crystalxp.net/galerie/en.id.159-rocketdock-skunkie-launchers.htm
http://www.stardock.com/products/objectdock/

3. Penyusunan desktop dalam WinXP seperti WinVista
http://www.crystalxp.net/galerie/en.id.13399-vista-rainbar-v4-5-legace-launchers.htm

4. Seperti penggunaan alt+tab, dimana pilihan active application boleh dibuat.
http://www.crystalxp.net/galerie/en.id.12609-winflip-legace-explorer-tools.htm

5. Miliki Virtual Desktop sehingga 9 desktop dan punyai ruangan yang banyak untuk kerja anda
http://www.crystalxp.net/galerie/en.id.15074-deskhedron-tokyodownstairs-explorer-tools.htm

6. Penukaran skin ke WinVista secara menyeluruh
http://www.crystalxp.net/galerie/en.id.18940-fast-aero-skydrawer-explorer-tools.htm

Selamat mencuba dan semoga anda semakin menyukai Windows XP anda yang sudah lama itu.