PIB Misteri Kota Gelanggi
Product SKU: 978-967-5642-08-1
Tajuk : Misteri Kota Gelanggi
Pengarang : Hasanuddin Md Isa
Penerbit : Penerbitan Ilham Baru
ISBN : 978-967-5642-08-1
Tahun Terbit : 2010
Mukasurat : 148 Halaman
Status Stok : ADA
Novelet remaja ini menyorot kisah Amin, Musa, Lim, Samy dan Mohan yang merancang untuk membuat penyelidikan kerja kursus mata pelajaran Sejarah. Kawasan yang hendak diselidik ialah Kota Gelanggi di Jerantut, Pahang.
Pergerakan ke kawasan Kota Gelanggi tidak berjalan lancar. Setelah selesai membersih kawasan perkhemahan, mereka dikunjungi oleh Pak Suki. Pak Suki memberitahu mereka bahawa kawasan tersebut tidak selamat dan berpuaka. Lim dan Mohan diperangkap oleh Pak Suki di dalam Kota Burung. Mereka terputus hubungan. Amin dan Samy pula ditangkap oleh Jamin dan Pian.
Siapakah mereka? Berjayakahkah Amin dan kawan-kawannya menyelamatkan diri?
Novel garapan Hasanuddin Md. Isa ini akan membawa pembaca ke dunia remaja yang penuh dengan semangat ingin tahu dan idea-idea kreatif bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh Amin dan rakan-rakannya.