TW Tingkatkan Jualan Anda
Product SKU: 978-967-416-018-0
Tajuk : Tingkatkan Jualan Anda
Pengarang : Rosli Baharuddin
Penerbit : True Wealth Sdn Bhd
ISBN : 978-967-416-018-0
Mukasurat : 173 Halaman
Status Stok : ADA
Buku ini membincangkan cara-cara untuk meningkatkan teknik jualan bagi mendapatkan pendapatan sampingan untuk kebanyakan golongan pekerja masa kini. Pengalaman yang banyak sahaja tidak akan mencukupi jika ilmu jualan tidak dimiliki. Untuk menjadi seorang jurujual yang terbaik juga tidak memerlukan kelayakan, hanya sekadar minat untuk menimba ilmu pengetahuan baru di dalam bidang jualan.Dapatkan buku ini untuk membongkar rahsia meningkatkan aktiviti jualan anda dengan lebih baik lagi!
Â
Â
Rosli Baharuddin merupakan Pengurus Kanan Perbankan Konsumer bagi negeri Kedah dan Perlis di salah sebuah Pusat Perbankan Islam negara. Beliau telah berkhidmat dalam industri ini selama lebih daripada 20 tahun. Di awal perkhidmatan, beliau mempraktikkan sendiri pengetahuan yang diperolehi dalam bidang jualan untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Berbekalkan pengalaman langsung ini, beliau diberi kepercayaan untuk mengemudi dan mengendalikan kakitangan jualan, memastikan segala produk yang ditawarkan sentiasa mendapat sambutan sewajarnya di pasaran dan menjaga tahap perkhidmatan yang ditawarkan. Beliau juga merupakan pemegang Diploma dalam bidang Pengajian Bank dari ITM.